1

Apakah yang saya perlu ada untuk memulakan perniaagaan?

 

Anda perlu mempunyai satu telefon bimbit untuk segala urusan seperti membeli Kad Prabayar,pendaftaran ahli baru dan sebagainya.

2

Bagaimana jika telefon bimbit saya hilang?

 

Anda boleh telefon hotline syarikat , email kepada perkhidmatan pelanggan atau SMS talian perkhidmatan pelanggan untuk melaporkan kepada syarikat.Pihak syarikat akan menamatkan perkhidmatan SMS telefon  bimbit lama anda.Untuk menukar telefon bimbit baru sila Pos/Fax surat kepada syarikat. Surat itu harus mengandungi no. tel lama dan baru, Id dan nama no K.P serta tandatangan anda.

3

Macam mana saya tahu baki wang saya di syarikat?

 

Anda boleh menghantarkan SMS berformat BAL kepada NO. SERVER SYARIKAT, dan server akan memberitahu baki terkini anda dalam bentuk SMS.

4

Bagaimana saya tahu saya saya telah berjaya mendaftar sebagai ahli?

 

Anda akan menerima SMS daripada server kami yang mengandungi ID dan password anda.JIka anda tidak merima SMS ini,anda cuma perlu hantarkan SMS berformat INFO kepada NO.SERVER SYARIKAT dan anda akan mendapat balasan berbentuk SMS untuk memberitahu anda no ID agen anda.

5

Tempat saya jauh dari syarikat. Macam mana saya nak beli kad dan mulakan perniagaan?

 

Anda boleh melakukan kad pembelian prabayar melalui SMS. Format untuk membeli kad prabayar  boleh didapati di muka surat Format SMS di dalam laman web kami.

6

Apa perbezaan pin yang dijual oleh syarikat ICT dan Kad-kad Prabayar yang dijual oleh kedai-kedai komunikasi di luar?

 

Tiada perbezaan.Cuma dalam bentuk yang berbeza sahaja. Semua pin-pin ini dikeluarkan oleh Maxis, Digi, Celcom, Telekom dan lain-lain syarikat komunikasi.

7

Adakah pin yang diterima melalui SMS sah?

 

Ya.

8

Bolehkan saya meminta kad fizikal jika saya tidak mahu dalam bentuk pin?

 

Boleh. Anda boleh mendapatkannya dari HQ Pudu atau cawangan di Subang.

9

Bagaimana jika pin yang dibeli bermasalah?

 

Anda boleh mengadukan kepada pihak syarikat dan kami akan membantu anda sehingga anda berjaya top upkan akaun prepaid anda.

10

Bagaimana jika saya salah menempah pin Kad Prabayar?

 

Pihak syarikat tidak boleh menukar pin yang telah anda beli kerana pin yang telah diberikan kepada anda telah terdedah.Oleh yang demikian, silalah berhati-hati jika ingin menempah pin.

11

Berapakah umur minimum untuk menjadi ahli?

 

Menurut akta jualan langsung, umur minimum adalah 18 tahun.

12

Adakah syarikat ini sah di sisi undang-undang?

 

Ya.Syarikat kami mempunyai lesen jualan langsung.Lesen kami adalah sah sehingga bulan Disember 2009.

13

Bolehkan saya menaja kedai-kedai telefon bimbit menjadi ahli..?

 

Ya boleh.Kedai-kedai telefon bimbit boleh mendaftar sebagai ahli. Prosedur dan faedah diterima oleh kedai-kedai telefon bimbit juga adalah sama dengan ahli biasa.

14

Macam mana jika saya hendak mendapatkan balik wang dalam akaun tunai saya?

 

Anda boleh mengeluarkan segala wang anda didalam akaun cash anda pada bila-bila masa sahaja dengan menelefon ke pejabat kami, menerusi laman web kami atau menulis surat kepada kami.Pihak syarikat hanya akan memasukkan wang anda ke dalam bank akaun yang sama nama seperti di dalam rekod kami.